Saturday, December 25, 2010

Iman, Islam Dan Ehsan

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab iaitu ayahnya telah bercerita kepadanya seperti berikut :

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w. , tiba - tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w. . Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata, "Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawasanya Muhammad adalah utusan ALLAH. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata : Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, kerana dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan akan jawapan Rasulullah.

Lelaki itu berkata lagi, " Beritahu kepadaku mengenai iman."

Rasulullah menjawab, " Hendaklah kamu beriman kepada ALLAH, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para rasul-Nya, beriman kepada hari akhirat dan juga kepada qadar-Nya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, " Kamu berkata benar. " Kemudian beliau menyambung....


ANDA INGIN TAHU APA YANG INGIN DIPERKATAKAN LAGI OLEH LELAKI TERSEBUT????
DAN TENTU ANDA TERTANYA-TANYA SIAPAKAH SEBENARNYA IDENTITI LELAKI INI??????


OLEH ITU, IKUTILAH KISAH YANG SELANJUTNYA PADA MASA AKAN DATANG..........^_^ 


write by :
nur farhana