Tuesday, December 28, 2010

Sambungan.... Iman, Islam Dan Ehsan

Lelaki itu berkata, "Kamu telah berkata benar." Kemudian menyambung, "Beritahukan kepada diriku mengenai Ehsan."


Rasulullah bersabda, "Hendaknya kamu menyembah ALLAH seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak berasa melihat-Nya maka hendaklah kamu merasa dilihat oleh-Nya."


Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat."


Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."


Lelaki itu berkata, "Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya sahaja."


Rasulullah bersabda, "Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya, kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat, pengembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi."


Umar berkata : kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlaku beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang ( beberapa hari lalu ) mengajukan pertanyaan?" Aku menjawab : Hanaya ALLAH dan Rasul-Nya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."


write by :
nurul huda

Saturday, December 25, 2010

Iman, Islam Dan Ehsan

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab iaitu ayahnya telah bercerita kepadanya seperti berikut :

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w. , tiba - tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w. . Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata, "Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawasanya Muhammad adalah utusan ALLAH. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata : Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, kerana dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan akan jawapan Rasulullah.

Lelaki itu berkata lagi, " Beritahu kepadaku mengenai iman."

Rasulullah menjawab, " Hendaklah kamu beriman kepada ALLAH, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para rasul-Nya, beriman kepada hari akhirat dan juga kepada qadar-Nya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, " Kamu berkata benar. " Kemudian beliau menyambung....


ANDA INGIN TAHU APA YANG INGIN DIPERKATAKAN LAGI OLEH LELAKI TERSEBUT????
DAN TENTU ANDA TERTANYA-TANYA SIAPAKAH SEBENARNYA IDENTITI LELAKI INI??????


OLEH ITU, IKUTILAH KISAH YANG SELANJUTNYA PADA MASA AKAN DATANG..........^_^ 


write by :
nur farhana


Wednesday, December 22, 2010

terakir...Sejarah Solat 5 Waktu

ISYAK


Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH s.w.t menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat 1: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat 3: Tanda dukacita terhadap firaun.
Rakaat 4: Tanda dukacita terhadap anak firaun.


SELESAI SUDAH SEJARAH SOLAT BAGI 5 WAKTU INI...
PASTI ANDA TIDAK MENGETAHUI SEJARAH INI WALAUPUN ANDA MELAKUKANNYA SETIAP HARI...
JADI...JADIKANLAH SEJARAH SOLAT INI SEBAGAI PANDUAN ANDA...
TERIMA KASIH...


write by
zakiyyah 

Sunday, December 19, 2010

sambungan...Sejarah Solat 5 Waktu

MAGHRIB


Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh ALLAH s.w.t. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s. , lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :


Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada ALLAH yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh    melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu ALLAH s.w.t. semata-mata, tiada dua atau tiganya.


TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG SERING MENGUNJUNGI KE BLOG KAMI...
KINI SUDAH MASUK WAKTU SOLAT YANG KEEMPAT.. UNTUK MENGETAHUI WAKTU SOLAT YANG TERAKHIR ( ISYAK ). TERUSKAN MENGUNJUNGI KE BLOG KAMI..............


write by :
zatil ilham

Friday, December 17, 2010

sambungan...Sejarah Solat 5 Waktu

ASAR


Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh ALLAH s.w.t dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh ALLAH s.w.t. daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat 1: Kelam dalam kesalahan.
Rakaat 2: Kelam dalam air laut.
Rakaat 3: Kelam dalam malam.
Rakaat 4: Kelam dengan perut ikan Nun.


KINI TELAH TIBA SOLAT KE-3... KETAHUI SELANJUTNYA MENGENAI SEJARAH SOLAT YANG ANDA SENTIASA LAKUKAN SETIAP HARI SEBAGAI UMAT ISLAM...
SENTIASALAH KUNJUNGI BLOG KAMI INI ^_^...........


write by
nurul huda

Wednesday, December 15, 2010

sambungan...Sejarah Solat 5 Waktu

ZOHOR


Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. . Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.


Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan ALLAH s.w.t .
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


HARAP KATA-KATA INI DIJADIKAN PEDOMAN DAN PANDUAN BAGI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM.................


ADAKAH ANDA INGIN MENGETAHUI SEJARAH SOLAT YANG SELANJUTNYA????
TERUSKAN MELAYARI BLOG KAMI....^_^


write by
nur farhana



Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH s.w.t untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yg lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah ALLAH s.w.t terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika dihari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan:


SUBUH


Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
                                        
Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


INGIN MENGETAHUI SEJARAH SOLAT YANG SELANJUTKAN???
PASTIKAN ANDA SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG KAMI...
TQ...


write by 
khadijah zakiyyah

Tujuh Golongan Mereka yg Dilindungi ALLAH

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:
Tujuh golongan yang dilindungi ALLAH s.w.t dibawah lindungan-Nya pada hari yg tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:

1) Imam (pemimpin) yg adil.
2) Pemuda yg hidup dlm beribadat kepada ALLAH.
3) Org yg mengingati ALLAH ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
4) Org yg hatinya tergantung pada Masjid.
5) Dua org yg saling berkasih sayang kerana ALLAH semata-mata.
6) Lelaki yg digoda oleh perempuan berdarjat yg cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan ALLAH".
7) Org yg bersedekah dan menyembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg dibuat oleh tangan kanannya.

write by
zatil ilham

Wednesday, December 8, 2010

10 Kelebihan Ilmu

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

write by
Nurul Huda

Tips Menjawab Peperiksaan

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
�Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.

write by
nur farhana